Sunday, 11 July 2010

Jus Plum (Prunus)

Jus Plum (Prunus)
Jus Plum diperbuat daripada buah plum yang telah dikeringkan, ianya mempunyai pelbagai jenis nutrisi penting untuk badan. Buah ini sudah lama dikenali dan digunakan oleh orang Eropah dan Amerika Utara. Plum boleh dimakan segar, dikeringkan dan diestrak untuk dijadikan jus dan sebagai bahan dalam masakan. Dewasa ini, rakyat Asia telah mula menunjukkan minat pada buah ini setelah menyedari ianya kaya dengan pelbagai khasiat dan berguna pada tubuh kita.
Unsur – unsur khasiat dalam estrak Jus Plum
• Vitamin B2 ( Riboflavin) -
Ia membekalkan Haemafacient (Sel darah merah). Ia juga membantu proses penghasilan dan pertumbuhan sel yang merupakan bahagian yang penting untuk penglihatan, kulit, kuku dan penjagaan rambut.
• Vitamin C ( Asid Ascarbic) -
Anti-Oksida adalah unsur istimewa untuk menghalang pemusnahan dan kemerosotan selular, yang merupakan penyebab kanser. Vitamin C adalah salah satu sumber Anti-Oksida. Buah Plum kaya dengan Vitamin C yang membantu mencegah bakteria dan menghasilkan sel darah merah.
• Vitamin E -
Ia juga sumber Anti-Oksida yang mencegah reaksi Oksida tidak lengkap dalam badan, melancarkan perjalanan darah dan memanjangkan hayat sel darah merah. Ia melembutkan kulit dan meningkatkan daya penglihatan.
• Kalsium – Ia menguatkan tulang dan gigi, mengekalkan kadar denyutan jantung yang stabil dan sistem saraf. Zat besi merupakan unsur penting dalam penghasilan Hemoglobin dalam sel darah merah. 100gm Plum kering mengandungi¬ 2.78mg zat Besi. Ternyata, ianya kaya dengan Zat Besi.
Notis dalam penggunaan Jus Plum
Bagi pesakit tahap akhir kegagalan Buah Pinggang, jus ini tidak boleh diambil kerana ia mengandungi Pottasium yang tinggi. Walaubagaimanapun, jus ini tidak memberikan kesan sampingan terhadap pengguna biasa walaupun diambil kerap, sebaliknya menjadikan mereka bertambah sihat. Jus ini merupakan perawat sembelit semulajadi,¬ seseorang tidak perlu mengambilnya dalam kuantiti yang banyak supaya tidak mengalami cirit-birit. Adalah disarankan bahawa, penggunaan seharian tidak melebihi 15-30 cc.
Jus Plum adalah minuman yang berkhasiat kerana kandungan serat, vitamin dan mineral yang tinggi. Ia juga mengandungi banyak Anti-Oksida dan minuman yang menyelerakan. Tambahan pula, ia boleh digunakan sebagai ubat semulajadi dalam melegakan sembelit walaupun pada kanak-kanak. Buah ini telah dikenali di serata dunia. Ia merupakan jus buah yang menarik dan menyihatkan.

No comments:

Post a Comment